Tugasan Esei

ESEI TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN

Tajuk: Penggunaan Teknologi Dalam Pembelajaran Sains

Pendahuluan

Teknologi adalah keseluruhan sarana untuk menyediakan barang barang yang diperlukan bagi kemudahan dan kesenangan hidup manusia. Secara umum, teknologi dapat didefinisikan sebagai benda, barang atau benda yang diciptakan secara terperinci melalui perbuatan dan permikiran untuk mecapai suatu nilai.

Pada era yang modern saat ini, teknologi sudah menjadi bahasan paling utama sebagai alat atau sebuah sarana pembantu untuk meringankan setiap pekerjaan yang ada. Sedangkan sains dan teknologi sendiri sudah mengakar dan berkembang sedemikian pesatnya dinegara-negara maju yang ada dibelahan dunia ini.

Pelbagai kemajuan yang ada dalam bidang sains dan teknologi bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup seseorang serta berfungsi untuk meningkatkan kualiti hidup . Oleh kerana itu,  tidak hairanlah bahawa pengukuran terhadap negara maju dapat dilihat dari besar kualiti teknologi yang dimiliki oleh negara tersebut.


Kerana kemajuan teknologi dianggap sebagai faktor yang utama pendukung suatu negara maju, pendidikan sains sendiri dianggap sebagai komponen terpenting dalam dunia pendidikan. Untuk mencapai tahap dimana sains menjadi bahagian yang tidak dapat dipisahkan dari kehidupan masyarakat, 

Masalah Pembelajaran Sains di IPT


Kursus Sains merupakan satu subjek yang sangat penting hari ini. Namun begitu, terdapat beberapa masalah dan kekangan yang dihadapi oleh pensyarah kerana terdapat segelintir mahasiswa/i yang kurang memahami apa yang diajar oleh pensyarah. Antara masalah yang dihadapi adalah, mahasiswa/i tidak memahami konsep sains dengan baik serta tidak dapat mengaplikaskan dalam kehidupan.
Sekiranya perkara sebaliknya berlaku, pasti mereka lebih mudah untuk mengingati dan memahami  untuk mendalami ilmu berkaitan Sains ini. Sering mahasiswa/i  menyatakan bahawa belajar sains adalah membosankan. Melalui fahaman mereka, pelajaran ini  hanyalah bertujuan untuk memastikan mereka lulus dalam peperiksaan.
Dapat dirumuskan bahawa faktor-faktor berikut merupakan masalah pembelajaran Sains di IPT:
                                                       I.            Pembelajaran berorientasikan peperiksaan
                                                    II.            Kaedah penyoalan yang lemah
                                                 III.            Tidak mengetahui cara menggunakan radas
                                                 IV.            Tidak mengulangkaji sebelum masuk ke kuliah

Setiap permasalahan yang dinyatakan merupakan penyumbang kepada kemerosotan jumlah para mahasiswa/i yang mengikuti bidang Sains di alam pekerjaan. Sedangkan negara sangat memerlukan mereka. Untuk mengatasi masalah ini, kaedah dan teknik pembelajaranyang dirancang oleh pendidik haruslah mengikut kecerdasan mahasiswa/i


Prinsip Dalam Teknologi Pendidikan


Penggunaan teknologi dalam pendidikan memerlukan beberapa prinsip yang berikut:
1.      Menambah baik nilai pendidikan
Teknologi dalam pendidikan samaada peralatan ataupun proses, seharusnya berasaskan prinsip ianya boleh menambahbaik nilai pendidikan itu. Nilai-nilai dari segi keberkesanan, kebolehpercayaan, kecekapan dan sumbangan teknologi dalam melahirkan insan yang lebih baik dari segi kemanusiaan dan kualiti hidup.


2.      Berfokuskan pedagogi
Mandat utama teknologi ni seharusnya berfokuskan kepada pembelajaran dan  pengajaran. Kita harus memilih teknologi berfokuskan produktiviti dan pada masa yang sama masih tidak mengabaikan implikasi pada pedagogi. Kriteria-kriteria yang tidak  boleh diabaikan dalam pemilihan teknologi yang akan digunakan ialah:
 a.Berasaskan prinsip dan kaedah pembelajaran 
b. Sinergi diantara teknologi dan proses kognitif
c .Guru-guru harus mendapat latihan yang mencukupi sebelum menggunakan peralatan dan perisian baharu


3.      Kualiti
Kualiti bermaksud kriteria dan standard. Standard ekspilit perlu dicapai melalui  penyelidikan dan perbincangan apabila timbul sesuatu isu baharu dalam penggunaan teknologi. Standard kualiti boleh diaplikasi pada
 a.Input – spesifikasi teknologi pada perkakasan, kriteria murid 
b.Proses–  Standard perangkaan dan penyampaian P& P
c.Output– Pemarkahan dan penilaian pencapaian

1.      Berkekalan
Penggunaan sesuatu teknologi dalam pendidikan memerlukan kos yang tinggi. Ini termasuk kos dalam system sokongan, system data, inovasi terbaru dan latihan kepada pendidik . Berasaskan pada factor-faktor ini, maka teknologi baru dalam pendidikan perlu stabil, tahan lama dan boleh diaplikasi dalam persekitaran yang meluas. Risiko dipengaruhi oleh faktor politik negara plu dielakkan.


2.      Mudah dicapai
Teknologi dalam pendidikan perlu menyediakan peluang kepada setiap murid dan warga pendidik untuk maju dan memberi  sumbangan positif kepada masyarakat. Pihak kerajaan dan institusi pendidikan perlu menguji segala program dan peralatan yang diperkenalkan supaya ia bersifat ,menyeluruh dan boleh dilaksanakan.

3.      Perkongsian
Institusi pendidikan harus belajar untuk berkongsi dan bekerjasama dalam segala aspek teknologi yang digunakan. Ini dapat mengurangkan kos dan meningkatkan kualiti dalam bilangan kawasan berteknologi.


4.      Berskala
Berskala merujuk kepada:
a.       System jaringn(network) yang boleh disambungkan kepada jaringan yang lain dan boleh diperluaskan
b.      Persisian yang boleh digunakan dan relevan dengan perisian yang lain
c.       Kandungan pengajaran, kursus, program-program dapat dikongsi dan dipindahkan diantara jabatan, sekolah dan seluruhnegara amnya.


 1.      Mempunyai pilihan
Setiap murid,warga pendidik dan masyarakat mempunyai perbezaan diri secara individu. Perbezaan ini harus dihormati. Teknolgi seharusnya menawarkan pelbagai pilihan dari sudut peralaan , perisian dan proses. Prinsip ini penting untuk menyokong perbezaan dan menggalakkan peningkatan potensi individu secara maksimum


2.      Mengikut keperluan
Kelebihan teknologi dalam pendidikan ialah memudahkan proses pembelajaran. Kita boleh memprogramkan kursus, dan perkhidmatan engikut keperluan pengguna. Mahasiswa/i adalah berbeza dari segi potensi dan sifat individu,maka teknologi yang digunakan perlu mengikut keperluan secara individu. Ini dapat meningkatkan motivasi murid-murid, merangsang tindakbalas  maksimum (cth; melihat,mendengar,bercakap). Ia juga dapat mengesan kecenderungan(aptitude) mereka.

Peranan Teknologi Dalam Pendidikan Sains
Tujuan teknologi pengajarn ialah untuk mengubah dan memberi kesan terhadap pembelajaran. Pembelajaran adalah matlamat, manakala pengajarn adalah cara untuk mencapai matlamat ini. Pendidik harus memahami maksud pembelajaran


Selain mewujudkan pengajar yang kompeten, tumpuan utama teknologi pendidikan ialah untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan.Pengajaran yang berkesan membolehkan pelajar memperoleh kemahiran, pengetahuan dan sikap yang diharapkan. Pengajaran yang dirancang dengan teliti dan lengkap membantu mewujudkan keyakinan, kepercayaan dan perasaan hormat  pelajar terhadap pengajar sekaligus membantu pembinaan disiplin yang positif.

  
Gaya pengajaran guru perlu seiring dengan gaya pembelajaran murid agar tidak P&P dapat dilaksanakan dengan berkesan. Justeru, guru-guru perlu mengambil sikap yang terbuka dalam mengetahui dan mengenal pasti teknologi pendidikan berkesan yang menggabungjalinkan teori 

instruksional dan teori pembelajaran. Seperti seorang tukang rumah yang mempunyai peralatan seperti tukul, paku, tangga dan sebagainya, murid-murid perlu dibekalkanan pelbagai peralatan (teknologi) yang dapat membantu mereka belajar dengan cepat dan berkesan. Dengan wujudnya gabungan literasi maklumat dan teknologi pendidikan yang baik, pembelajaran akan menjadi lebih bermakna dan memberi impak yang besar dalam proses Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti yang menjadi misi Kementerian Pelajaran Malaysia. Peranan:

1.      Fungsi Pengembangan Pengajaran
Teknologi dapat mengarah, menyelaras dan mengawal fungsi-fungsi pengembangan pengajaran dan sumber pengajaran. Guru-guru bertanggungjwab untuk pastikan teknologi dalam pengajaran bejalan lancar dan berkesan.


2.      Fungsi Pengurusan Pelajaran
a.       Pengurusan organisasi
Teknologi dalam pendidikan sains dapat mengenal pasti keperluan organisasi, menentukan matlamat dan objektif, anggaran perbelajaan, urusan pembelian barang-barang keperluan seperti peralatan makmal dan bahan bantu mengajar.

b.      Pengurusan kakitangan
Teknologi juga dapat menguruskan pengambilan, penyeliaan dan penilaian pekerja. Hubungan yang baik antara pekerja dapat dipastikan dengan cara mewujudkan keberkesanan komunikasi






3.      Fungsi Pengembangan Pengajaran
Teknologi boleh digunakan untuk menganalisis masalah-masalah pembelajaran, mereka bentuk, melaksana, dan melakukan penilaian dalam menyelesaikan masalah yang dihadap. Ia memberi peluang belajar kepada pelajar.


4.      Fungsi Sumber Pembelajaran
Pihak atau bahan-bahan dan media ang berupaya untuk menyelesaikan masalah
Contoh: mesej, manusia, peralatan, teknik atau setting
Ia dapat membolehkan pembelajaran kendiri dan memupuk kerja berpasukan



No comments:

Post a Comment