Rak alat tulis ini sangat menarik kerana ianya mempunyai design yang sangat simple tetapi dapat digunakan untuk kesenangan. Rak ini mempunyai 6 ruangan untuk alat tulis diisi. Diperbuat daripada bahan terpakai seperti kad manila, benang, puncher dan pelekat. Mudah sahaja bukan?
1)Kad manila: 2 kad manila berwarna kuning 1 kad manila berwarna merah
2) 1 kad manila berwarna kuning dibahagikan kepada 6 bahagian.
Ukuran: Tinggi= 14cm , Lebar= 22cm
3) Kemudian keenam-enam kertas kuning tadi buat bentuk silinder seperti ini :). Gunakan pelekat untuk membuat silinder.
4) Setelah dapat keenam enam silinder itu. Bahagikan kepada 2 dan lekatkan silinder itu seperti ini. Manila kad berwarna merah itu dipotong kepada 6 keping dengan ukuran : Tinggi= 15cm, Lebar= 23cm
5) Kemudian keenam enam manila kad berwarna merah itu dilekatkan bersama untuk menjadikannya lebih keras. Dan cantumkan 3 silinder itu bersama manila kad berwarna merah.
6) Setelah mendapat bentuk itu. Tebuk lubang pada kad manila berwarna merah untuk mengikat benang. Benang dijadikan sebagai tali. Gunakan pelbagai jenis warna benang untuk menampakkan lebih tebal dan lebih kukuh seperti ini.
7) Sesudah diikatkan benang, maka rak alat tulis anda sudah siap! Boleh letakkan barang anda dengan tersusun mengikut jenis seperti ini :)
Begitu mudah untuk membuat rak alat tulis ini. Anda boleh menjimatkan ruang dan barang tidak diletakkan merata tempat serta lebih teratur,










No comments:
Post a Comment