Monday, 23 November 2015

Refleksi tugasan BBM

Untuk tugasan BBM ini saya menggunakan bahan bahan seperti kad manila, benang, puncher, dan pelekat. Bahan bahan ini boleh didapati di dalam UKM sahaja. Tidak perlu membeli di luar kerana ianya mudah untuk didapati. Untuk tugasan BBM ini saya telah membuat tempat untuk meletakkan alat tulis dengan teratur dan kemas. :)

Thursday, 5 November 2015

Refleksi Tugasan Video

Untuk tugasan kumpulan video ini, saya dan ahli kumpulan telah bercadang untuk membuat tajuk program inovasi. Kami mengikuti program kolej kami sekaligus telah mengambil kesempatan untuk membuat video tentang program inovasi di KLCC. Program ini dipanggil Pencipta15 (The International Conference and Exposition on Inventions. Kami telah pergi selama 2 hari berturut-turut iaitu hari Sabtu dan Ahad. Ingin ketahui lebih lanjut sila tonton video kami. :)

Refleksi Tugasan Blog

Menegenai tugasan blog ini kami dikehendaki mengemaskini blog pada setiap minggu. Blog ini merangkumi semua tugas kerja yang telah diberikan seperti biodata, 10 gambar inovasi, 10 video berinovasi , esei dan sebagainya.

Refleksi Minggu Keempat

Pada minggu keempat kuliah berkenaaan dengan prinsip penggunaan BBM. BBM ini mengenai hasil kerja tangan dari bahan recycle. Dan kami dikehendaki mengambil gambar BBM tersebut dari 10 sudut berlainan.

Wednesday, 4 November 2015

Refleksi Minggu ketiga

Tutorial pada minggu ini, kami berdua telah mencari bahan rujukan untuk tajuk esei. Banyak maklumat yang telah kami dapati daripada internet dan juga majalah. Kami juga menggunakan masa untuk mengemaskini blog dan menambah post didalam blog. Kami juga telah diajar oleh En Md Yusoff bagaimana cara membuat page didalam blog dan cara menyusun atur supaya blog kelihatan lebih kemas dan menarik.


(22/10/15)

Refleksi Minggu Kedua (Tugasan Esei)

Pada kelas tutorial minggu ini kami dikehendaki membentuk satu kumpulan untuk tugasan. Ahli kumpulan saya terdiri daripada 2 orang :

  1.   Nurfatihah binti Salim
  2. Nur Athirah binti Mohd Aseri
Kami berdua telah bersetuju untuk memilih tajuk yang berkaitan dengan Fakulti Pendidikan dan Fakulti Sains dan Teknologi. Tajuk kami ialah penggunaan teknologi dalam pendidikan sains.

(15/10/15)


Selamat Datang ke GGGE2123

Teknologi adalah keseluruhan sarana untuk menyediakan barang-barang yang diperlukan bagi kelangsungan dan kenyamanan hidup manusia. Secara umum, teknologi dapat didefinisikan sebagai entitas, benda maupun tak benda yang diciptakan secara terpadu melalui perbuatan dan pemikiran untuk mencapai suatu nilai.
 Inovasi adalah suatu penemuan baru yang berbeza dari yang lepas ada atau yang sudah dikenal sebelumnya.
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangankan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.